Isnin, 23 November 2009

SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT!

KELMARIN, salah seorang pelajar saya bertanya khabar dengan saya ketika saya sedang menghayati kuliah GDU5023 Leadership In Education (yang meskipun baru dua kali pertemuan telah saya anggap sebagai dikendalikan dengan kecemerlangan semangat dan sarat dengan roh dan 'seni' keguruan oleh Tuan Haji Ismail Mustafa). Saya, dalam gempita ketawa rakan sekursus yang berjaya dicuit dek 'gurauan pintar' oleh Tuan Haji, kemudian telah membalas SMS itu dengan mengatakan saya sedang 'menikmati hidup' sepanjang cuti hujung tahun di UUM, Sintok.



Satu SMS daripada pelajar itu datang lagi: "Jangan 'kasi jealous' saya cikgu...."


Menerima mesej daripada pelajar selalunya mengingatkan kita kepada semangat muda kita yang pernah kita miliki dahulu. Semangat yang mendorong kita untuk belajar bersungguh-sungguh, semangat yang memotivasikan kita berusaha sedaya kita untuk mencapai impian kita. Saya percaya berada di IPT, apatah lagi sebagai pelajar, sememangnya satu yang menyebabkan mereka teruja. Bagi yang positif, pasti sahaja hal ini memberi satu kekuatan yang akan menimbulkan keinginan bagi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.



Adalah satu yang positif bagi para pelajar untuk sentiasa beringat bahawa umur yang kita miliki ini amat berharga. Alangkah baiknya - dalam pandangan saya sebagai 'lelaki tua' sekarang - apabila melihat orang-orang muda fokus kepada cita-citanya untuk menakluki UPSR, PMR, SPM atau STPM yang didudukinya itu dengan kesungguhan dan ketekunan. Alangkah sedihnya pula hati kita - yang 'tua' ini (walaupun kadang-kadang masih 'muda' di hati) melihat orang-orang muda hilang fokus kerana gangguan 'mainan perasaan'.



Kita berasa bangga apabila kita dalam sisa umur yang kita ada ini berkenalan dengan orang-orang tertentu yang akan mengajar kita tentang makna pentingnya menggunakan masa yang ada untuk maju dan mengembangkan secara total potensi diri yang dianugerahkan Pencipta untuk kita. Efikasi kita sebagai manusia, dalam banyak hal, akan sangat bergantung kepada keupayaan kita mengurus masa dan peluang yang kita ada sebaik-baiknya. Kita bahkan mungkin akan jatuh tersandung sekali sekala namun hal tersebut tidak sepatutnya merosakkan upaya diri kita untuk meraih kecemerlangan diri.



Pada peringkat ini, kita akan bertanya tentang peranan ibu bapa dalam hal mengasuh anak-anak. Pada setiap masa, sari nasihat yang terkandung dalam puisi oleh Dorothy Law Nolte ini pasti akan menjadi panduan yang sangat berguna.
CHILDREN LEARN WHAT THEY LIVE
Dorothy Law Nolte

If a child lives with criticism,
he learns to condemn.

If a child lives with hostility,
he learns to fight.

If a child lives with fear,
he learns to be apprehensive.

If a child lives with pity,
he learns to feel sorry for himself.

If a child lives with ridicule,
he learns to be shy.

If a child lives with jealousy,
he learns what envy is.

If a child lives with shame,
he learns to feel guilty.

If a child lives with encouragement,
he learns to be confident.

If a child lives with tolerance,
he learns to be patient.

If a child lives with praise,
he learns to be appreciative.

If a child lives with acceptance,
he learns to love.

If a child lives with approval,
he learns to like himself.

If a child lives with recognition,
he learns that it is good to have a goal.

If a child lives with sharing,
he learns about generosity.

If a child lives with honesty and fairness,
he learns what truth and justice are.

If a child lives with security,
he learns to have faith in himself and in those about him.

If a child lives with friendliness,
he learns that the world is a nice place in which to live.

If you live with serenity,
your child will live with peace of mind.

With what is your child living?



Pada hemat saya, asuhan yang baik daripada ibu bapalah yang telah membantu menyedarkan orang-orang muda tentang cara hidup yang baik termasuklah dalam hal menentukan hala tuju hidup mereka. Tanpa ragu, bagi saya, pujian ini saya berikan juga kepada ibu bapa pelajar yang saya maksudkan di atas.



SMS daripada pelajar saya itu saya balas seperti berikut: "Biar kau jealous supaya kausentiasa ingat bahawa ada satu tempat di salah sebuah IPT di Malaysia ini telah diperuntukkan oleh Yang di Atas Sana untuk kau bagi kemasukan tahun 2011. Katakan, "Amen"."



Dan saya suka semangatnya ketika membaca satu lagi SMS pendeknya: "Amen. Tq sb 'menjealouskan' sy. (^_^)"....


(C) WITER GUNIK

Sabtu, 31 Oktober 2009

SUDAH SEBULAN AIKIDO DI KOTA KINABALU

HARI ini penghujung Oktober 2009. Kira-kira sebulan yang lalu (1 Oktober) bertempat di Bilik Aerobik Tingkat 1, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, kelas aikido bermula di Kota Kinabalu. Kelas perintis di Kota Kinabalu ini hanya dihadiri oleh kira-kira sepuluh orang yang 'dimeriahkan' dengan kehadiran aikidoka dari dojo aikido di Sandakan. Dojo aikido di Kompleks Sukan Likas ini merupakan aliran Aikikai, salah sebuah daripada aliran 'tegar' dalam dunia aikido.
     
Bersama-sama dalam sebuah kelas pemula seperti itu adalah kebanggaan yang sukar untuk diungkapkan. (Sebenarnya, ada sebuah lagi aliran aikido yang telah lebih awal berada di Sabah - beroperasi kira-kira 3 tahun lalu -  iaitu Yoshinkan Aikido dan masih aktif sehingga kini. Ini pun saya tak dapat ikut sebab maklumat ini hanya saya peroleh selepas saya mendaftar sebagai aikidoka di bawah payung Aikikai).

Saya masih ingat, saya mengenali aikido sejak 1994 melalui buku O Ratti 'Aikido and the Dynamic Sphere', buku yang saya pinjam dan pinjam beratus kali sebelum saya membeli buku sendiri buku ini di Wisma Merdeka. Saya memang terpesona dengan gerak aikido yang saya rasa 'brilliant' dalam mencipta ruang, gerak dalam janaan harmoni antara uke dengan nage. Mana-mana perpustakaan yang ada peluang untuk saya jejaki, saya mencari buku berkenaan aikido dan (maaf kepada penulisnya!) saya  fotostat. Saya bahkan pernah meminta adik saya yang sedang belajar di UPSI suatu masa dulu mendapatkan mana-mana buku berkenaan aikido dan memfotostatnya untuk saya. Apabila ke mana-mana kedai buku, saya mencari buku tentang aikido dan membeli (malangnya tidak banyak dijual!).

Satu-satunya penyesalan saya ialah kesukaran untuk menyertai aikido semasa sedang belajar di UPM (tiada aikido di UPM pada masa itu) sedangkan Shudokan Malaysia Honbu Dojo di kawasan The Mines Shopping Centre di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan amat dekat dengan keberadaan saya.  Pelajar - resmi pelajar saku lazimnya kerap kekeringan! Oleh yang demikian selepas sedemikian lama, apabila Kelas Aikido diwujudkan di KK, saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil keputusan. Sempai Kenny ketika saya hubungi bertanya: "Kelas Aikido mula malam ini: 7:30 PM di Kompleks Sukan Likas. You dapat datang?"

Begitulah, saya 'melarikan' kereta kira-kira 120 kilometer dari Ranau menuju ke Kompleks Sukan Likas dengan keterujaan luar biasa (yang saya masih rasakan sehingga kini), singgah mengambil adik saya di Tobobon dan ke sana bersama-sama. Sejak itu, sudah menjadi jadual bagi saya akan berada di Kota Kinabalu pada Khamis malam dan Sabtu petang.

   

Apabila memijak tatami di dojo kali pertama, maka saya tahu saya sedang melibatkan diri dalam satu seni yang sudah bertahun-tahun (saya fikir) intim dengan hati saya. Kalau sebelum ini saya memikirkan saya sudah faham waza aikido melalui buku dan peniruan melalui visual Youtube, maka setelah berada dalam latihan, saya berasakan betapa kerdilnya saya dengan 'perasan' dan 'perasaan' saya. Tidak sama halnya cuba berlatih menggunakan buku atau visual video dengan adanya bimbingan jurulatih.

Kekaguman demi kekaguman. Keterujaan yang bertali arus. Mudah-mudahan saya sentiasa dengan keterujaan.    Saya hanya dapat mengatakan: Betapa gembira, bangga dan bahagia dapat menggunakan peluang melakukan sesuatu yang positif,  kita suka dan dalam jangkauan minat kita.


(C) WITER GUNIK

Sabtu, 26 September 2009

BELAJAR SETIA

ANDA pasti pernah menonton filem, “Titanic” sebuah mahakarya daripada sutradara tersohor Hollywood, James Cameron. Filem ini berlatarbelakangkan kisah kapal RMS Titanic milik syarikat pengangkutan White Star Line dalam pelayaran sulungnya dari Southampton ke New York. Pada 11:40 PM pada 14 April 1912, kapal ini telah menghentam bongkah iceberg kira-kira 400 batu dari Newfoundland, Kanada. Kemalangan tragik yang membawa kepada karamnya kapal ini pada awal 15 April 1912 telah mengorbankan kira-kira 1,517 daripada 2,223 penumpangnya. Hanya pada tahun 1985, Titanic berjaya ditemui semula oleh Dr. Robert Ballard, seorang oceanographer dan marine biologist yang bekerja dengan Woods Hole Oceanographic Institution. Siapakah yang menyangka cebisan tragedi Titanic yang menempah pusaranya di Lautan Atlantik ini mampu menjadi sumber ilham yang hebat kepada penggemar filem?
Filem Titanic merupakan sebuah filem romantik lama (1997) namun sehingga kini saya secara peribadi masih mengingati dengan jelas kisah cinta Rose DeWitt Bukater dan Jack Dawson yang mengesankan itu. Filem ini dijayakan dengan cemerlang oleh lakonan mantap Leonardo DiCaprio sebagai Jack Dawson dan Kate Winslet sebagai Rose DeWitt Bukater, dua watak fiksi yang diberi latar belakang kehidupan yang berbeza total namun akhirnya menyedari betapa perbezaan itu melengkapkan mereka untuk saling mencintai. Filem ini terbukti amat berjaya dengan keupayaan memenangi sebelas Anugerah Akademi, termasuk Filem Terbaik (dan ini belum termasuk kutipan melebihi US $1.8 billion di seluruh dunia!)
   
Apa pun kecemerlangan filem Titanic, salah satu babak yang sukar untuk saya lupai ialah epilog bagi filem ini yakni ketika Rose meninggal dan rohnya kembali semula ke kapal Titanic. Saya masih berasakan emosi saya sebagai penonton, terbawa sama dengan gerak Rose (sebenarnya visual kamera) memasuki ruang kapal Titanic. Gema muzik waltz yang membayangi langkah Rose meniti satu persatu anak-anak tangga ruang utama kapal Titanic dalam bauran keriuhan suara anak kapal yang lain. Kita bersama dengan langkah Kate Winslet sehinggalah mata kita terpaku kepada seorang jejaka yang sedang berdiri membelakanginya seolah-olah memandang kejauhan: menanti seseorang. Jejaka yang sedang berdiri membelakangi itu kemudian membalikkan tubuh dan ah, kita terpana sekaligus terpesona: itulah Jack Dawson yang kemudian menghulurkan tangannya kepada Rose. Matanya mengatakan: Aku mengempang derita rinduku bertahun menantimu untuk hadir di sisiku. Kata-kata Shakespeare tepat di sini: Now join your hands, and with your hands your hearts.
     
Kekuatan kesan emosi babak inilah yang menjerat kita. Di sini, kita melihat betapa dalam karya-karya besar seperti halnya dengan filem ini, kita masih mampu kagum dengan unsur kesetiaan dalam cinta. Tidak dapat tidak kita dihimpit tanda tanya: Masih berhargakah kesetiaan? Atau, masih wujudkah kesetiaan itu sehingga kini? Masih adakah Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater dalam kalangan kita yang tetap setia atas nama akucinta nan abadi itu?
   
Saya sehingga kini masih tertanya-tanya setakat mana kesetiaan pasangan yang sedang berkasih sayang? Apakah setahun? Dua tahun? Lima Tahun? Barangkali kesetiaan itu akan benar-benar teruji jika kita meletakkan jarak masa yang lebih lama: Sepuluh tahun atau barangkali lima belas tahun?
     
Setelah bertahun kita melangkaui filem Titanic, kita sebenarnya masih dapat mempelajari sesuatu tentang keajaiban cinta abadi sepasang kekasih yang telah bertemu tanpa dirancang, namun berjaya bersatu meskipun terpisah dek jarak masa untuk beberapa tahun.
     
Mari kita tanya kepada dia yang kita cintai sepenuh hati selamanya: Adakah kita pasti bahawa akucinta ini akan abadi? Titanic: Satu gambaran kisah cinta yang ideal namun tidak mustahil masih wujud sehingga kini. Apakah kesetiaan itu juga ada pada diri kita? Mari fikirkan jawapan bagi pertanyaan itu dalam getar irama dan lirik lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi soft rock duo, Air Supply, “I Can Wait Forever”.

Barangkali anda dapat membayangkan anda sedang menatap mata redup dia yang anda cintai. Atau, apakah nota ringkas ini anda pernah atau sedang anda geluti: “Hati ini milikmu. Apa jua risiko yang mendatang akan saya hadapi dengan tabah, tenang, penuh keyakinan, penuh kepastian; tanpa pernah terlintas penyesalan dalam diri atas apa yang telah dan akan berlaku sebab aku mencintaimu sedalam-dalam hatiku....

Selamanya!


I Can Wait Forever (Air Supply)

When you say, I miss the things you do
I just want to get back close again to you
But for now, your voice is near enough
How I miss you and I miss your love
And though, all the days that pass me by so slow
All the emptiness inside me flows
All around and theres no way out
I'm just thinking so much of you
There was never any doubt

I can wait forever
If you say you’ll be there too
I can wait forever if you will
I know it's worth it all,
to spend my life alone with you

When it looked as though my life was wrong
You took my love and gave it somewhere to belong
I’ll be here, when hope is out of sight
I just wish that I were next to you tonight
And though, I’ll be reaching for you even though
You’ll be somewhere else, my love will go
Like a bird on it's way back home
I could never let you go
And I just want you to know

I can wait forever
If you say you’ll be there too
I can wait forever if you will
I know it's worth it all,
to spend my life alone with you





(C) WITER GUNIK

Rabu, 17 Jun 2009

MENANGANI TEKANAN!

TEKANAN (stress) merupakan satu masalah universal. Setiap kita, pada masa-masa tertentu dalam takah hidup kita pasti akan berasakan betapa kehidupan ini terlalu berat (dan mungkin juga kejam) untuk kita. Pada ketika itu, segala sesuatu yang kita lakukan serba tidak kena dan menimbulkan persoalan serta seribu perasaan yang seolah akan menyebabkan kita gagal mengendalikan diri.

Tekanan mampu melumpuhkan daya kewarasan kita. Disebabkan faktor inilah juga kita melihat ada rakan atau orang yang kita hormati dek keupayaan kerjanya yang luar biasa, tiba-tiba berubah total hanya kerana mengalami tekanan. Pada peringkat tekanan yang tegar, hal ini membuat kita berasakan betapa asingnya perlakuan atau tindakan yang kita lihat dilakukan oleh berkenaan.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi (saya lebih gemar menggunakan istilah 'menakluki!) tekanan? Terdapat beberapa cadangan yang biasa disyorkan oleh para pakar. Salah satu daripada syor tersebut ialah menyibukkan diri anda. Apabila anda sibuk diyakini anda akan berupaya mengesampingkan untuk seketika tekanan yang sedang anda alami. Logik bagi cadangan ini mudah: anda akan terlupa perkara yang menjadi tekanan kepada anda apabila anda tidak cukup tangan dengan apa yang anda lakukan.

Beriadah juga satu cara yang positif untuk mengurangkan tekanan. Bersenam atau melibatkan diri dalam kegiatan seperti aktiviti martial arts pasti akan menjadi terapi yang akan memberi anda kebaikan sampingan selain mengatasi tekanan yakni kemahiran mempertahankan diri. Pilihan lain: berkhemah, memancing, mendaki gunung, berbasikal.... Menghairankan juga sebenarnya mengapa dalam keletihan kita kita berasa lega seolah-olah 'sakit kepala' itu ikut sama mengalir bersama-sama dengan peluh kita!

Tekanan juga dapat anda atasi dengan menjadikan persoalan yang menjadi momokan dalam diri anda itu sebagai suatu yang kelihatan 'ringan' kepada anda. 'Ringan' di sini bermaksud anda perlu melihat perkara yang menimbulkan pergumulan dalam diri anda itu dari persepsi yang berupaya menimbulkan kelucuan kepada anda. Lebih lucu lebih kuranglah tekanan!
   
"Kamu tertekan?"

"Siapa kata?"

"Saya. Kamu nampak tertekan."

"I don't suffer from stress. I'm a carrier."

Alangkah selesanya jika setiap kita ada kemampuan untuk 'menjadikan tekanan itu lucu' untuk kita?

Apakah anda pernah mendengar kisah seorang wanita yang mengalami tekanan kerana kehilangan suami tersayang? Suami kepada wanita tersebut telah meninggal dan peristiwa malang itu telah menjadi satu pukulan yang 'maha perit' ke atas wanita berkenaan. Malangnya, dalam kesedihan mendalam dek kehilangan suami tercinta itu, wanita berkenaan tidak mampu untuk menangis. Akibatnya fatal: wanita itu kehilangan batas kesedaran dan kewarasannya dan hidupnya berakhir di Hospital Bahagia.... Disebabkan hal yang sama juga, kita sekurang-kurangnya mengerti mengapa perasaan kehilangan terhadap seseorang jika tidak ditangani dengan bijaksana pasti akan menjadi perkara yang menimbulkan tekanan kepada kita!

Nasihat yang paling penting kepada anda jika anda mengalami tekanan ialah syor agar anda tahu cara melepaskan tekanan itu. Selagi cara itu positif dan anda dapat kawal, maka ya, sila teruskan cara pilihan anda. Ada sahabat baik saya 'mengadu' pada 'kertas' untuk persoalan dan masalah yang dihadapi. Katanya, "Memang sakit apabila meluah dengan 'kertas'; rasanya mahu menangis saja, tetapi saya tahu saya akan lebih sakit jika menangis.... Saya sudah puas menangis...." Ya, biarkan air mata kita membantu kita menyejukkan tekanan kita dalam caranya yang semula jadi itu.

Tekanan juga dapat 'dilepaskan' dengan mengadu kepada seseorang yang rapat dengan anda: ibu, bapa, abang, adik dan seumpamanya. Jika anda berasakan anda tidak mampu berkongsi masalah itu meskipun dengan ahli keluarga sendiri, mengapa tidak berkongsi masalah itu dengan Sang Pencipta melalui doa? Dia selalu pendengar yang baik untuk semua masalah kita. Dia melihat kita, memahami kita seadanya, di mana juga kita berada. Dia teman yang maha setia melebihi siapapun juga yang kita pernah kenal.

"Ketika saya bergelut dengan perasaan saya terhadapnya, saya memaksa diri saya mendengar lagu-lagu rohani!" Apakah perakuan seperti ini biasa anda dengar atau anda sendiri pernah amalkan? Benar, mendengar lagu-lagu yang positif (apapun bentuknya) adalah satu terapi yang sihat untuk anda juga.

Mungkin anda seperti saya dalam usaha menakluki tekanan yang ada, sama-sama berkata: "Please keep me daily, Lord, in your perfect peace. Amen."



(C) WITER GUNIK

Sabtu, 13 Jun 2009

KANAK-KANAK & ORANG DEWASA

SOALAN bonus yang saya peroleh daripada seorang rakan baik saya minggu ini ialah: Kenapa orang dewasa @ ibu bapa memandang rendah terhadap kanak-kanak. Orang dewasa menganggap kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa. Tidakkah kanak-kanak itu sebenarnya ‘istimewa’?
Saya kurang bersetuju sebenarnya dengan istilah ‘memandang rendah’. Bagi saya apabila orang dewasa khususnya ibu bapa mengemukakan pandangan yang berbeza dengan alur pemikiran seseorang kanak-kanak, hal itu lebih disebabkan kebimbangan mereka terhadap kanak-kanak itu. Betapa tidak, kanak-kanak dengan pertimbangan naif yang tidak matang selalu tidak menyedari marabahaya yang ada di sekeliling mereka. Faktor usia dan kurangnya pengalaman juga menjadikan mereka terdedah pada hal-hal berbahaya yang ‘mungkin’ di luar perhitungan mereka sebagai kanak-kanak.

Persoalan yang lazimnya timbul ialah kanak-kanak (bahkan segelintir anak-anak remaja!) dek faktor kekurangan pengertian, mereka kerap menyimpulkan ibu bapa pandangan yang berbeza itu sebagai seperkara yang identik dengan ‘tidak mengasihi mereka’.

Orang dewasa atau ibu bapa pun sebenarnya sentiasa dalam pergumulan tentang bagaimana cara sebaik-baiknya berurusan dengan kanak-kanak & anak-anak. Perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh orang dewasa/ibu bapa, pada hemat saya, ialah membina kefahaman dalam diri kanak-kanak itu bahawa mereka ‘kasar’ dan lazimya ‘kurang kompromi’ terhadap kanak-kanak kerana mereka mengasihi kanak-kanak.

Kelebihan bagi orang dewasa @ ibu bapa ialah disebabkan pengalaman dan kedewasaan mereka, mereka berupaya membuka hati untuk belajar tentang banyak hal daripada kanak-kanak. Kasih sayang dalam dunia kanak-kanak biasanya murni tanpa dicemari prejudis, darjat, batas usia, politik atau agama. Kanak-kanak juga lebih mudah menikmati saat-saat gembira berbanding orang dewasa. Kita yang dewasa adakalanya tumpul ‘sense of humor’ disebabkan pelbagai persoalan kita sebagai manusia dewasa. Mereka istimewa kerana mereka tidak perlu menganalisis tentang apa perlu dilakukan. Mereka hanya sibuk melayani perasaan ingin tahu tentang hal-hal yang ada di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga ada ketabahan yang tersendiri sebagai kanak-kanak. Apabila kanak-kanak belajar berjalan, mereka tekal dengan usaha itu. Mereka jatuh dan berdiri lagi sebelum akhirnya mereka mampu berjalan dengan pantas. Sebagai dewasa, apakah kita masih mempunyai ketekalan seperti itu?

Saya percaya melayan orang muda mesti didasari dengan kasih sayang yang murni yang didasari kefahaman betapa pendisiplinan harus bergerak seiring. Kanak-kanak dan anak-anak mungkin tidak menyedari sebab mengapa ibu bapa mempamerkan kombinasi tegas-penuh pengertian. Ini bermaksud, jika ibu tegas, bapa penuh pengertian atau jika bapa tegas maka ibu penuh pengertian. Ketika saya terkial-kial sebagai bapa baru dahulu, seorang tua menasihati saya: Jika anak-anak kita takut dengan kita sebagai bapa dan ibunya, kepada siapa lagi mereka mengadu? Maksudnya orang dewasa @ ibu bapa mesti bijaksana menyeimbangkan pada isu-isu dan permasalahan tertentu supaya sentiasa ada salah seorang daripada ibu bapa yang menjadi tempat mengadu.

Kanak-kanak mesti diberi peluang dan kebebasan untuk melakukan sesuatu yang mereka lakukan. Bagaimanapun, mereka juga pada masa yang sama mesti dibimbing sebijaksana yang mungkin supaya memahami bahawa hal itu mesti dilakukan dengan penuh disiplin. Tiada masalah dalam penetapan syarat kepada kanak-kanak. Sang Pencipta juga memberi kebebasan kepada Adam dan Hawa ’memakan’ apa sahaja di Taman Eden.. Firman-Nya: : "Semua pohon dalam taman ini boleh kaumakan buahnya dengan bebas, tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati."

Saya melihat banyak ketegasan yang terlambat. Jika anda mengasihi kanak-kanak, pastikan mereka mendapat dan faham mesej itu seawal yang mungkin. Ada lebih banyak contoh kanak-kanak yang membesar dengan baik dan menjadi ‘seseorang yang berjaya dalam hidup’ meskipun ada tekanan daripada ibu bapanya berbanding kanak-kanak yang ‘dilimpahi kasih sayang yang membabi buta’.

Salomo menyatakan: Train up a child the way he should go; and when he is old, he will not depart from it (Proverbs 22:6). Dalam bahasa jalanan kita mungkin dapat katakan: If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots.

Kenapa orang dewasa @ ibu bapa memandang rendah terhadap kanak-kanak. Orang dewasa menganggap kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa. Tidakkah kanak-kanak itu sebenarnya ‘istimewa’? Jawapannya mungkin dapat dirangkumkan begini: Sebab orang dewasa @ ibu bapa mencintai kanak-kanak itu dalam pertimbangan dan cara mereka yang tersendiri sebagai ibu bapa yang yakin bahawa kanak-kanak itu adalah anugerah Sang Pencipta yang mesti dibimbing dan dididik sebijaksana serta semampu mereka sebaik-baiknya.


(C) WITER GUNIK

Selasa, 2 Jun 2009

ENGGAN MENJADI MANUSIA BARU?

'BARU'- gema perkataan ini mendera benak saya sepanjang minggu ini. Seseorang yang saya anggap dekat dengan hati saya mengatakan: Saya perlu menjadi 'baru'. Meskipun sukar, saya mesti juga menjadi 'baru'.

Akal saya mengatakan: "Ya, saya mahu menjadi baru". Bagaimana seandainya pada masa yang sama hati saya mengatakan: "Saya enggan menjadi baru?"

Mengapa agaknya kita adakalanya enggan menjadi baru? Apa yang ada pada masa lalu itu sehingga kita enggan untuk menjadi orang yang baru? Ingatan yang manis? Benar, proses untuk berubah menjadi manusia baru ini memang tidak mudah dan memerlukan waktu yang lama serta sangat menyakitkan. Saya lazimnya panjang akal dengan melihat tekanan yang saya hadapi dari sudut yang mampu 'menimbulkan kelucuan kepada saya'. Berjaya? Berkongsi kelucuan, ya (ketika ini saya menjadi teringat akan takdir watak Gemini Man yang ada 'wit' tersendiri) namun dalam hati: Odoi, tundu-unduku!

Seorang penternak ayam secara kebetulan menemui sebiji telur burung helang dan meletakkan telur itu pada eraman seekor induk ayam. Telur burung helang itu akhirnya menetas lalu membesar bersama anak-anak ayam yang lain. Sepanjang hidupnya, burung helang itu melakukan persis seperti yang ayam-ayam lain lakukan yakni mengais bumi mencari cacing dan serangga, berketak dan sesekali mengembangkan sayap dan melayah beberapa kaki di udara. Tahun demi tahun dan kini burung helang itu sudah tua. Suatu hati, burung helang melihat seekor burung terbang yang tampak amat hebat di angkasa. Burung yang tampak hebat di angkasa itu melayang melawan arus angin dengan kehebatan sayap keemasannya yang perkasa. Burung helang itu bertanya kepada ayam-ayam yang lain: “Apa tu?” Salah seekor rakannya menjawab: “Itu burung helang. Burung helang tempatnya di langit. Tempat kita di bumi – kita kan ayam....” Sehingga ke nafasnya yang terakhir, burung helang itu hidup dan mati sebagai seekor ayam, seperti yang difikirkannya.

Kisah burung helang yang hidup dan mati sebagai ayam itu amat menyedihkan. Kita (saya) tidak ingin menjalani hidup yang kehilangan jati diri sehingga gagal melihat potensi semula jadi kita (saya) yang sedia ada. Sesekali dalam hidup kita ini, kita memang akan ‘berurusan’ dengan kebetulan yang mungkin akan meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan kita namun mestikah kita membiarkan diri kita ‘kehilangan hati’? Kita tidak mahu menjadi helang yang menerima kehilangan jati diri sehingga gagal mengembangkan potensi yang dianugerahkan Sang Pencipta kepada kita.

Apapun, demi 'sahabat' baik saya itu, saya akan selalu katakan, biarpun perit, pedih, saya terima cabaran menjadi 'baru'. Mari kita takluki hari-hari yang akan kita hadapi ini dengan kekuatan peribadi kita. Mungkin pada suatu hari nanti, kita akan bersama-sama terbang di jagat raya ini meskipun berlainan sarang.



(C) WITER GUNIK

Jumaat, 29 Mei 2009

LAGU SEBAGAI TERAPI LUKA?

PERNAHKAH anda menggunakan lagu sebagai satu dedikasi perasaan kepada seseorang? Bukan kebiasaan bagi saya mendengar lagu-lagu melankolik. Bagaimanapun, ada hal-hal tertentu yang akan memaksa kita kembali membiarkan hati kita menyingkap kembali hal-hal seperti itu dalam cara yang tidak kita nujum dan fahami.  Terapi luka perasaan menggunakan muzik?

Sejak bilakah terapi muzik bermula?  Khazanah pengetahuan China Purba yang didokumentasikan dalam ajaran I Ching menyatakan, "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman serta berupaya mengurangkan gangguan emosi seseorang". Kuasa penyembuhan dalam muzik juga telah dikenali sezaman dengan tulisan Aristotle dan Plato. Epik India seperti "Ramayana" turut membuktikan bahawa muzik adalah sumber yang mempunyai kuasa luar biasa yang rapat kaitannya dengan alunan alam semula jadi. Ahli psikologi dan ahli teori muzik Parsi purba seperti al-Farabi (872-950) juga menyokong idea pengaruh muzik terhadap kesihatan manusia seperti yang diusulkan dalam kajiannya yang berjudul "Meanings of the Intellect" yakni buku yang membincangkan impak terapi muzik terhadap jiwa manusia. 

Dalam konteks Malaysia, terapi muzik yakni bidang yang mengandalkan muzik bagi usaha pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal agak kurang dikenali.  Di Amerika Syarikat, terapi muzik kini adalah perkara yang biasa didengar. Program ijazah terapi muzik yang pertama di dunia juga bermula di  Amerika Syarikat yang dipelopori oleh Michigan State University pada tahun 1944. Pada 1998, American Music Therapy Association telah ditubuhkan sebagai sekutu kepada National Association for Music Therapy dan American Association for Music Therapy.

Muzik ialah satu getaran tenaga bunyi yang bergetar pada pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi h bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik dapat dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sebahagian pendukung terapi muzik ini beranggapan terapi muzik bahkan mempunyai nilai penyembuhan terhadap pengidap penyakit berbahaya seperti AIDS. 

Salah satu objektif bagi terapi muzik ini ialah memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran.  Dalam terapi muzik profesional, pakar muzik biasanya terlibat dan berperanan memilih muzik yang sesuai, memainkan alat-alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, menggubah lagu, persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, dan menari atau melukis dengan muzik.  Peranan  pakar muzik inilah yang diharapkan dapat menjana perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi. 

Ramai pakar yang mencadangkan bahawa ritma muzik atau rentaknya yang mempunyai keberkesanan untuk menenangkan kita semua walaupun kita mungkin tidak begitu sedar mengenainya. Muzik dianggap penting sebagai pemangkin bagi memudahkan wanita bersalin, terapi kerohanian, meditasi dan seumpamanya.  Sejak dalam kandungan, denyutan jantung ibu dianggap merupakan alunan muzik alamiah yang memberi ketenangan kepada janin/bayi. Sesudah kita lahir, manusia dikatakan bertindak balas terhadap muzik yang ada di persekitaran yang mungkin ada kaitan dengan persepsi yang telah terbina sejak kandungan yakni muzik berkait rapat dengan keselamatan, persekitaran yang menenangkan, dan juga perlindungan daripada ibu.  

Pakar terapi muzik mendakwa terdapat tujuh sistem kelenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga di minda dalam cara unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neur-endokrina dan sistem imun kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfina, iaitu penenang kesakitan semula jadi badan. Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kelenjar-kelenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan yang mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan. 

Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apa pun genrenya, alunan muzik itu mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita yang mempengaruhi emosi kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya di samping melahirkan sejenis perasaan yang membuat kita berasakan kita telah kehilangan sesuatu....  

Berikut ialah salah satu klip video favourite saya yang saya anggap sarat dengan ungkapan dan penzahiran kasih sayang daripada seseorang kepada seorang yang lain. Benar, kadang-kadang lirik lagu yang kita anggap mempunyai sentimental value terhadap kita akan menjadikan lagu yang melodinya biasa-biasa sahaja menjadi sesuatu yang payah untuk kita hakis daripada ingatan kita. 

    

Got a picture of you I carry in my heart
Close my eyes to see it when the world gets dark
Got a memory of you I carry in my soul
I wrap it close around me when the nights get cold
If you asked me how I'm doin' I'd say just fine
But the truth is baby, if you could read my mind

Not a day goes by that I don't think of you
After all this time you're still with me it's true
Somehow you remain locked so deep inside
Baby, baby, oh baby, not a day goes by

I still wait for the phone in the middle of the night
Thinkin' you might call me if your dreams don't turn out right
And it still amazes me that I lie here in the dark
Wishin' you were next to me, your head against my heart
If you asked me how I'm doing I'd say just fine
But the truth is baby, if you could read my mind

Not a day goes by that I don't think of you
After all this time you're still with me it's true
Somehow you remain locked so deep inside
Baby, baby, oh baby, not a day goes by

Minutes turn to hours, and the hours to days
Seems its been forever that I've felt this way

Not a day goes by that I don't think of you
After all this time you're still with me it's true
Somehow you remain locked so deep inside
Baby, baby, oh baby, not a day goes by

Saya masih percaya bahawa kadang-kadang dalam hidup ini kita akan berkenalan dengan seseorang yang kita tahu kita cintai sepenuh hati dan kita tahu sia-sia untuk kita paksa hati melupakannya. Benar kata pujangga, "what the heart has once owned and had, it shall never lose...."

Mungkin ungkapan lagu ini mengingatkan anda atau saya sendiri kepada seseorang.  

Atau, apakah ini dedikasi peribadi saya untuk seseorang? Seseorang yang kepadanya saya pernah katakan: "Engkau terlalu baik untuk saya lupakan...."
      

(C) WITER GUNIK

Rabu, 27 Mei 2009

KITA PERLUKAN SEJARAWAN KELUARGA

SAYA tidak pasti sama ada istilah Sejarawan Keluarga ini benar-benar wujud atau tidak. Saya menggunakan istilah ini bagi memudahkan saya merujuk kepada seseorang yang ada kecenderungan untuk mencari maklumat berkenaan salasilah atau geneologi keluarganya. Masyarakat Barat, China dan Arab sebenarnya jauh ke hadapan meninggalkan kita di Nusantara ini dalam hal mendokumentasikan jurai keturunan keluarga.

Dalam masyarakat feudal Malaysia, kecenderungan menyimpan salasilah ini lazimnya hanya ada pada golongan pemerintah demi memastikan status sebagai 'penguasa' kepada golongan biasa itu disedari, dihormati dan yang paling penting dilestarikan. Sedarkah anda bahawa Sulalatus Salatin Sejarah Melayu susunan A. Samad Ahmad yang menjadi teks kajian dan dianggap karya agung di peringkat Tingkatan Enam itu sebenarnya berintikan salasilah keturunan raja-raja Melayu di Malaysia yang dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah (Macedon/Mecadonia). Mungkin inilah kepintaran 'penguasa' zaman dahulu yang menyuntikkan banyak elemen 'luar biasa' seperti legenda, mitos, dan seumpamanya supaya mereka dilihat sebagai keturunan yang berbeza daripada orang biasa.

Usaha menjejaki keturunan sebenarnya tugas dan amanah yang berat. Hal ini amat benar dalam masyarakat Kadazandusun yang memang kurang kecenderungan untuk merekodkan salasilah kekeluargaan secara bertulis. Hanya pada akhir-akhir ini, sudah timbul beberapa keluarga  yang menampakkan kesungguhan untuk mencari kerabat dan suku sakat yang terpencar di sana sini.

Terdapat beberapa dokumen bagi mendapatkan maklumat berkenaan salasilah. Ini termasuklah, Sijil Kelahiran, Sijil Perkahwinan/Nikah, Sijil Kematian, Bancian, Rekod Badan Keagamaan, dan pada tahap yang tegar termasuklah maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara, Rekod Mahkamah, Rekod di Pejabat Tanah, malah Rekod Tentera bagi yang berkenaan. Selain itu, maklumat tentang keturunan juga dapat diperoleh daripada cerita lisan individu, sejarah tempatan, dan surat menyurat peribadi.

Saya melihat usaha ini sebagai satu perkara yang positif kerana menyumbang kepada beberapa faedah termasuklah membantu kita mengenal jati diri kita. Seorang rakan yang lahir di Ranau dan mengenal dirinya sebagai Dusun sejak kecil, terkejut kerana rupa-rupanya mempunyai darah Iban dari Sarawak (jangan terkejut; jika anda orang Ranau anda mungkin juga titisan darah Iban). Hal ini tidak dihairankan kerana pada masa dahulu, orang Iban ramai yang berhijrah ke Sabah untuk bekerja dengan Inggeris. Mereka ditugaskan di seluruh Sabah, termasuklah di Ranau. Perkahwinan dengan masyarakat tempatan akhirnya telah memberikan identiti baru kepada mereka apatah lagi dengan adaptasi adat resam setempat serta asimilasi dengan penduduk tempatan. 

Mengenal jati diri kita juga bermakna kita dapat mengenal kaum kerabat kita. Kita juga akan terkejut kerana akan mendapat kita ada kaitan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang orang biasa dan termasuklah orang yang dianggap mempunyai profile tinggi dalam masyarakat. "Tak saya sangka si Datuk Anu itu rupanya saudara bapa saya...." Barangkali itulah akan terluah daripada bibir anda.  Anda juga mungkin berkata, "Bergaduh sampai hampir bertetak parang, rupanya satu keturunan!"

Kita juga akan takjub bagaimana dalam salasilah itu, kita akan melihat anutan agama yang berbeza.  Dalam masyarakat Sabah yang kian majmuk sekarang, kita juga akan terkejut kerana rupanya kita mungkin ada kaitan persaudaraan dengan rakan kita daripada masyarakat Melayu, Banjar, Bajau, Iranun, Filipina atau mungkin Timor!  Jangan dulu katakan "mustahil", sebab dalam dunia sekarang hal itu tidak mustahil lagi. 

Tidak dapat tidak maklumat sumbangan Sejarawan Keluarga ini pasti juga menimbulkan keinsafan bahawa kita perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya berpatah arang dengan seseorang kerana dia mungkin sebahagian daripada keturunan keluarga kita. Secara tidak langsung, kita juga belajar menggunakan dengan tepat istilah panggilan seperti aman, inan, odu, aki, seruoi, langu, magalong, ipag, aleng,  dan seumpamanya. Bukankah ini juga satu cara bagi kita menjana keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat kita?

Melalui maklumat salasilah, perkara seperti kes 'berkahwin dengan saudara dekat' juga dapat dielakkan. Saya gemar untuk mengulas kes 'berkahwin dengan saudara dekat'.  Berbeza dengan amalan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, perkahwinan antara kerabat rapat seperti sepupu dalam masyarakat Dusun/Kadazan masih dianggap 'panas'. Secara adat, hal itu masih dianggap taboo meskipun para ulama mungkin mempunyai pendapat berbeza. Sebenarnya perkahwinan melibatkan kes-kes seperti itu masih dapat direstui secara adat yakni dengan syarat ada pitas. Dalam penyempurnaan pitas, sogit akan dikenakan kepada pihak yang berkenaan sebagai cara melepaskan tulah/kepanasan.  Ehm,  hati-hati ya, para sumandak dan tanakwagu!

Oleh hal yang demikian, setiap pihak sudah sewajarnya melihat kecenderungan masyarakat kita membukukan maklumat keturunan mereka sebagai satu yang sangat positif.  Tugas sebagai Sejarawan Keluarga lazimnya diserahkan kepada seseorang yang ada banyak masa untuk bergerak ke sana sini atau banyak jaringan maklumat. Bagaimanapun, pada masa ini, semua ahli keluarga mesti mampu mengambil alih tugasan sebagai Sejarawan Keluarga tersebut pada bila-bila masa.  Ini kerana semua ada kemungkinan untuk menjadi ibu dan bapa.  Dengan kata lain, setiap orang mesti memastikan dia berupaya memberikan maklumat jelas tentang asal usul keluarga dan bagaimana pertalian kekeluargaan itu wujud. Kemahiran ini penting bagi membolehkan anak-anak kita juga tidak kehilangan akar keturunan yang mereka warisi.

Jika usia bumi ini masih panjang, keturunan kita di muka bumi ini mungkin akan masih sempat menjangkau beberapa generasi. Jika tiada dalam kalangan keluarga kita pada masa kini yang mampu mendokumentasikan salasilah yang ada, maka jangan marah jika nama anda sebagai leluhur kepada anak cucu pada masa itu mungkin sudah terlupakan. Salah siapa?

Anda akan berasa takjub kerana anda akan menyedari betapa sebenarnya anda ditakdirkan mempunyai ramai saudara di sekeliling anda. Saudara yang mungkin anda sangkakan tidak punyai kaitan sama sekali dengan anda. 

Berterima kasihlah kepada Sejarawan Keluarga yang telah berkorban masa, wang ringgit semata-mata membantu mempermudah pencarian maklumat tentang jurai keturunan yang ada kaitan dengan anda. Berterima kasih juga kepada Sejarawan Keluarga yang telah memberi anda kejutan dan barangkali tamparan atas keangkuhan atas darah keturunan anda. Kita semua bersaudara.... 

Seorang kawan yang gemar bergurau dengan penuh cita-cita mengatakan: "Saya mahu mencari kaitan darah saya dengan Barrack Obama!"

Salam sukses untuk beliau!

(C) WITER GUNIK

Sabtu, 23 Mei 2009

RANAU HEBAT BAH: SEKARANG RANAU ADA RATU PECUT!

APABILA pelari pecut Sabah, Jarmella Washif menjuarai acara 100 meter kategori 15 tahun pada 22 Mei 2009 yang lalu, peristiwa itu memberi keterujaan yang tidak sedikit.  Jarmella Washif mengungguli kategori perempuan 15 tahun ke bawah dengan catatan masa 12.67s mengalahkan Nur Amirah Aida Kamaruddin dari Pahang (12.91s) di tempat kedua dan M.Tanalaksiumy dari Pulau Pinang di tempat ketiga (12.93s).  Apabila bersaing di peringkat kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-51 seperti itu, dan berjaya pula bergelar juara, apakah lagi yang dapat kita berikan selain pujian kerana yang terbaik berjaya dinobatkan sebagai johan?

Salute kepada Pengetua SMK Lohan, Ranau, sekolah tempat Jarmella sedang belajar iaitu Tuan Majus Munsing dan barisan jurulatih sukan sekolah berkenaan  atas kejayaan melahirkan seorang lagi Ratu Pecut tanah air. Kejayaan adik Jarmella Washif itu sebenarnya berjaya membuktikan bahawa keupayaan potensi seseorang pelajar dapat dirancang sedemikian rupa sehingga mencapai peringkat terbaik dan terarah kepada kecenderungan semula jadi pelajar itu. Peranan ayahnya, Encik Washif Jefri yang juga salah seorang jurulatihnya wajar dijadikan teladan kerana berjaya menyemai dan mengekalkan minat bersukan dalam diri Jarmella Washif sejak kecil sehinggalah sekarang. Sebagai ayah kepada Ratu Pecut baru ini, sudah tentu Encik Washif kini lebih yakin menyasarkan kejohanan pada skala yang lebih besar untuk Jarmella Washif. 

Saya tinggal di kawasan SMK Lohan dan setiap hari melihat dedikasi guru-guru sukan SMK Lohan pagi dan petang bertungkus lumus melatih para atletnya. Seawal jam lima pagi setiap pagi, sehingga ke hari ni, atlet SMK Lohan sudah berada di padang untuk siri latihan kecergasan terancang yang mereka usahakan. Saya kurang cenderung bagi acara padang dan disebabkan ketidakcenderungan ini saya sentiasa berasa kagum yang tidak sedikit dengan dedikasi mereka yang berlatih tak kenal jemu termasuk pada masa cuaca yang mendung dan hujan lebat.  

Saya suka untuk mencatatkan semula ulasan Pengetua SMK Lohan, Tuan Majus Munsing sebaik sahaja tujuh atlet SMK Lohan memperoleh emas dalam Kejohanan MSSM peringkat Negeri di Kompleks Sukan Likas Sabah akhir bulan Mac yang lalu. Menurut beliau, “Ibu bapa memainkan peranan yang penting. Selain itu, persediaan awal juga memberi sumbangan kepada kejayaan atlet. Usaha mencapai kecemerlangan dalam sukan, sama halnya dengan berusaha dalam akademik. Jika anda mahu mencapai keputusan yang baik dalam pembelajaran anda, anda mesti belajar bersungguh-sungguh; jika anda mahu mencatat kecemerlangan dalam sukan anda perlu berlatih sepanjang masa." 
    Kecemerlangan Jarmella Washif ini melengkapkan satu lagi titik kecemerlangan warga Lohan Ranau di peringkat kebangsaan. Jika pada Mac yang lalu kita dikejutkan kejayaan Farizie Morinding mengungguli Astro Kirana Short Film Awards,  sekarang ini terpesona dengan kejayaan Jarmella Washif.... Jangan lupa pada hari pertama kejohanan ini (21 Mei 2009) ini, seorang lagi warga SMK Lohan  iaitu Addyshem Daimes menjuarai acara Merejam Lembing dengan rejaman sejauh 53.10m. Wow, kepada Tuan Majus Munsing, Cikgu Adzain Biun, Cikgu Jasli Mian, Cikgu Maiali Jainol dan Encik Washif Jefri yang melatih dan mengiringi atlet elit SMK Lohan, mudah-mudahan akan ada lagi kejutan daripada kontinjen Ranau yang mewakili Sabah di Stadium Bukit Jalil selepas ini!  

Teruskan Jarmella Washif, warga Ranau ingin melihat anda menjadi 'lebih besar' dalam dunia sukan yang anda minati dan cintai ini!

Tahniah Kontinjen Sabah!

Tahniah Jarmella Washif!

Tahniah para guru SMK Lohan!

Tahniah Pengetua SMK Lohan!

Benar, Ranau hebat bah! Kita kini ada Ratu Pecut!

 (C) WITER GUNIK

NILAI PATRIOTIK & LAGU KEBANGSAAN....


DI MANA-MANA sekolah sekarang, adalah satu amalan biasa untuk mengadakan perhimpunan lima belas minit sebelum masa rasmi pembelajaran bermula pada setiap pagi sebagai satu strategi pendisiplinan pelajar. Pendisiplinan ini tidak hanya merujuk kepada pembiasaan agar pelajar awal ke sekolah bahkan juga usaha menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Pada kesempatan perhimpunan pagi inilah, lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan di samping ruang bagi "Laungan Semangat Sekolah". Disebabkan sesi ini bukan Perhimpunan Rasmi (seperti yang biasanya diadakan pada pagi hari Isnin), lazimnya yang akan berada di tapak perhimpunan ialah guru-guru yang bertugas sepanjang minggu berkenaan, guru-guru disiplin, Pengetua, serta para Penolong Kanan. Kaunselor juga turut hadir dengan slot khas sebagai pemotivasi kepada para pelajar.  

Sebenarnya saya terfikir untuk membuat catatan sedikit berkenaan hal ini apabila seorang rakan (yang sangat) baik bertanyakan pendapat saya tentang punca pelajar (sekarang) tidak menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri hatta lagu sekolah dengan sikap yang sepatutnya - penuh hormat dan khusyuk. Kawan baik ini malah mahukan pendapat saya sama ada kehadiran guru yang kurang (berbeza dengan hari Perhimpunan Rasmi) mempunyai kaitan terhadap isu tersebut. 

Pertanyaan itu 'sangat mahal' bagi saya kerana hal ini menunjukkan keprihatinan kawan baik saya itu tentang sikap segelintir pelajar pada masa ini yang kurang mengambil berat tentang sikap pelajar semasa menyanyikan lagu-lagu rasmi. 

Saya melihat isu ini sebagai kes terpencil yang hanya melibatkan kelompok yang kecil dalam komuniti sekolah. Guru sepanjang masa (sejak pelajar ini memasuki alam persekolahan di prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah) telah mengasuh dan mendidik pelajar tentang sikap yang sepatutnya diamalkan semasa menyanyikan lagu-lagu rasmi. Nilai menghormati lambang dan jati diri telah diterap seawal mungkin sesuai dengan misi yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai menghormati lambang dan jati diri rasmi ini bahkan diberi penekanan dalam semua kegiatan kokurikulum di sekolah (tidak seputar Kelab Rukun Negara semata-mata). Akta Pendidikan 1996 dengan jelas menyatakan: “Kegiatan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik kuliah”. Usaha pemantapan nilai berkenaan itu belum lagi termasuk siri program semua sekolah seperti Sambutan Hari Kemerdekaan atau Bulan Patriotik yang sememangnya diadakan pada saban tahun.

Bagi saya pertanyaan yang lebih relevan ialah penerimaan di pihak pelajar sendiri. Saya akur dengan hakikat bahawa tahap penerimaan dan keupayaan penghayatan pelajar, sebagaimana dalam penerimaan maklumat akademik, tidak sama. Ada yang sekali diperingatkan sudah mampu mempraktikkan apa yang diterima. Sebahagiannya ada yang perlu berulang kali diberitahu. Segelintir pula ada yang tidak mengendahkan langsung. Pihak yang disebut terakhir inilah yang selalu menimbulkan salah anggapan terhadap kejayaan penerapan dan amalan nilai menghormati lagu kebangsaan, negeri atau sekolah. Pepatah Melayu ada mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga; seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Sesungguhnya, tanggung jawab menjana semangat patriotik dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar bukan tanggung jawab sekolah sahaja. Pihak lain yang perlu turut sama berganding tangan namun jarang ditimbulkan dalam hal ini ialah pihak ibu bapa dan media massa.  

Amat malang ada ibu bapa yang langsung tidak mengendahkan nilai menghormati lambang dan lagu-lagu rasmi. Hal ini memberi gambaran seolah-olah nilai menghormati itu hanya untuk para pelajar. Pada masa sukan sekolah misalnya, apabila warga sekolah berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri atau lagu sekolah, ada ibu bapa yang masih duduk bercerita seolah tidak peduli pun dengan lagu-lagu rasmi yang sedang didengar. Tidak hairanlah sikap negatif ini turut mempengaruhi anak-anak mereka.   

Media massa sebagai pengaruh yang kuat kepada masyarakat sepatutnya mengambil kesempatan sepanjang masa dengan turut memberi ruang kepada iklan yang bersifat ketatanegaraan yang membawa mesej menghormati lambang dan lagu-lagu rasmi. Sehingga ke tarikh tulisan ini saya tulis, amat jarang kita melihat stesen televisyen kita sama ada swasta atau kerajaan (RTM) yang menyiarkan selingan iklan yang membawa mesej yang sedemikian.  Janganlah hanya menjelang Ogos barulah keluar iklan, "Aku masih ingat lagi...." Jika media massa yang mempunyai jutaan 'penonton' dan 'pengikut' setia ini tidak tekal dalam memberi sekelumit ruang untuk menyokong pemantapan kesedaran menghormati lambang dan lagu-lagu rasmi negara kita, siapakah lagi yang dapat kita harapkan?  

Di peringkat lokal, Pengerusi Rukun Tetangga, Yang Dipertua PIBG, Ketua Kampung, Penggawa, dan Penghulu juga tidak harus lepas tangan. Jawatan yang disandang itu tidak harus menenggelamkan usaha pemantapan kesedaran patriotik dalam kalangan bawahan kita.

"Benarkah kurang guru (pada perhimpunan pagi) menjadi salah satu faktor yang kebanyakan pelajar tidak menyanyikan lagu kebangsaan atau apa-apa lagu dengan bersungguh-sungguh?"

Apabila kembali mengingat pertanyaan kawan baik itu, saya berasakan ada perasaan yang aneh menyusup dalam hati.  Perasaan yang aneh ini bertitik tolak daripada hakikat bahawa saya mempunyai kawan (yang sangat) baik yang ada kesedaran patriotik. 

"Tapi, Cikgu setuju juga (jika melihat isu itu) daripada persepsi seorang pelajar?"

Jika itulah pertanyaannya, barangkali saya boleh menjawab, "Ya...." Ataupun, lebih afdal seandainya saya mencadangkan kepadanya membaca tulisan saya pada blog ini. Ini bukan jawapan sebenarnya namun bukankah tidak semuanya perlu dijawab; memadai jika direnungi dan direnungi? 

Memiliki seorang kawan (yang sangat) baik yang patriot seperti itu mendorong saya bernafas lega dan kagum: "Wah!" Dia barangkali bersetuju dengan saya bahawa bagi Sang Patriot, setiap hari adalah Hari Kebangsaan!


(C) WITER GUNIK

Khamis, 21 Mei 2009

RISAU YANG MENENANGKAN!

SAYA berasa tersentuh hati dengan SMS salah seorang daripada pelajar saya yang mengatakan betapa dirinya risau dengan 'takdirnya' memasuki Tingkatan 6. Alasannya dia takut dirinya tak dapat berbuat yang terbaik dan takut menjadi salah seorang daripada X-calon STPM yang gagal. Setamat SPM pada tahun lalu, pelajar yang sama turut mengungkapkan kerisauannya dek takut keputusannya akan kecundang. 

Anehnya, dengan pelajar seperti ini saya sebaliknya berasakan kurang yang perlu saya risaukan. Mereka inilah yang lebih terbukti lebih dedikasi, bersungguh-sungguh dalam hal memperkasa persediaan mereka mencipta kejayaan untuk diri mereka sendiri. Mereka inilah yang lebih fokus terhadap peluang akademik yang mereka ada. Mereka inilah juga yang lebih bijaksana dalam memilih bidang kerjaya mereka sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. 

Sesungguhnya, ketakutan tidak semuanya negatif (meskipun kebanyakan ketakutan memang negatif). Perasaan takut sejak sekian lama telah difahami sebagai satu anugerah perasaan yang sangat berpengaruh kuat dalam psikologi manusia bagi membangkitkan motivasi kendiri manusia.  Dalam kajian psikologi,  secara umum motivasi mempunyai tiga tipa iaitu Motivasi Ketakutan (Fear Motivation), Motivasi Imbalan (Incentive Motivation) dan Motivasi Sikap (Attitude Motivation).  Saya selalu percaya tiga motivasi ini bergerak serentak dalam membentuk kekuatan dalaman seseorang pelajar. Misalannya, pelajar saya tadi menyatakan ketakutannya terhadap kemungkinan dia gagal. Ini bermakna, dia  dapat membayangkan keadaannya pada masa hadapan jika dirinya gagal. Dia juga dapat menjangka kesan positif sebagai imbalan jika dirinya belajar  bersungguh-sungguh dan fokus kepada  usaha meraih cita-citanya. Oleh yang demikian, dia akan mengamalkan sikap-sikap positif  yang akan membantunya sukses dalam akademiknya. Tiga jenis motivasi yang bergerak serentak ini sudah pasti akan  menjana keberhasilan luar biasa yang terlihat daripada 'kesengsaraan/jerih payah' pelajar berkenaan berusaha memajukan diri. Benar sekali kata-kata indah yang menyatakan '... kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan, dan ketekunan menimbulkan tahan uji dan tahan uji menimbulkan pengharapan. Dan pengharapan tidak mengecewakan....'

Dalam konteks mendidik anak-anak dalam keluarga, ketakutan bukanlah alat yang sentiasa digalakkan dalam memotivasikan anak. Bagaimanapun, setiap anak-anak perlu dibimbing agar faham maksud ketakutan dalam erti yang positif sehingga daripada pemahaman terbimbing itu mereka mampu mengenal ketakutan diri sendiri dan akhirnya menegur serta memperingat diri sendiri tentang hal-hal positif yang perlu mereka amalkan untuk berjaya. Benar, amalan positif akan sangat membantu sesiapa pun juga untuk menggunakan upaya, potensi dan bakat peribadi  ke arah kecemerlangan.  
Berbalik kepada pelajar yang saya sebutkan pada awal tulisan ini, dia salah seorang pelajar yang meraih kombinasi cemerlang dalam SPM 2008 dan hanya kerana rezekinya belum sampai, namanya tidak tersenarai sebagai pelatih Institut Perguruan Malaysia bagi ambilan Julai 2009. Saya yakin, jika dia dapat mengekalkan 'perasaan risaunya yang menenangkan' itu, pada suatu hari nanti dia pasti akan berjaya juga menempatkan dirinya sebagai salah seorang warga pendidik seperti yang diimpikannya.  

Tabik untukmu, Aquarian Girl!



(C) WITER GUNIK

Selasa, 19 Mei 2009

SCAM: WASPADA!

KEJUTAN memang sentiasa menarik perhatian. Hari ini saya mendapat satu emel daripada seseorang yang mendakwa dirinya sebagai Louis Momo. Membaca e-mel daripada 'si kawan' ini benar-benar membuat saya teruja dan hanyalah kerana mengingat betapa lihai dan liciknya para penipu di internet,  saya menggagahkan diri melakukan beberapa 'penyelidikan online' untuk mendapatkan maklumat berkenaan Louis Momo.  

Kandungan e-mel yang telah saya terima itu ialah seperti berikut:

From The Desk Of Louis Momo.
The Head Of File Department,
   
("REMITTANCE OF $15 MILLION U.S.A DOLLARS  CONFIDENTIAL IS THE CASE")
 
Compliments Of The Season,
 
Forgive my indignation if this message comes to you as a surprise and may offend your personality for contacting you without your prior consent and writing through this channel.I got your contact from the proffesional data base found in the internet Yahoo tourist search.When i was searching for a foreign reliable partner.I assured of your capability and reliability to champion this business opportunity.
 
  After series of prayers/fasting.i was divinely directed to contact you among other names found in the data base Yahoo tourist search.I believe that God has a way of helping who is in need.
 
  I am (Louis Momo).the Head of file Department in African development bank (ADB).
 
In my department we discovered an abandoned sum of $15 million U.S.A dollars ( fifteen million U.S.A dollars).In an account that belongs to one of our foreign customer who died along with his entire family on (Monday 31st July 2000) in a plane crash.Since we got information about his death,we have been expecting his next of kin to come over and claim his money because we cannot release it unless somebody apply for it as next of kin or relation to the deceased as indicated in our banking guidelines,but unfortunately i learnt that all his supposed next of kin or relation died along side with him at the plane crash leaving nobody behind for the claim.It is therefore upon this discovery that I now decided to make this business proposal to you and release the money to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and we don’t want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill.
 
The Banking law and guideline here stipulates that if such money remained unclaimed after nine years,the money will be transferred into the Bank treasury as unclaimed fund.The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the customer was a foreigner, and a Burkinabe cannot stand as next of kin to a foreigner.We agree that 40% of this money will be for you as foreign partner,in respect to the provision of a foreign account and 60% would be for me and my woman colleague.That means ($6 million) six million dollars for you and ($9 million) nine million dollars for me and my partner.There after i will visit your country for disbursement according to the percentages indicated. 
 
Therefore to enable the immediate transfer of this fund to you as arranged,you must apply first to the bank as relations or next of kin of the deceased indicating your bank name,your bank account number,your private telephone and fax number for easy and effective communication and location where the money will be remitted.Upon receipt of your reply,I will send to you by fax or email the text of the application I will not fail to bring to your notice that this transaction is hitch free and that you should not entertain any atom of fear as all required arrangements have been made for the transfer. 
 
I am awaiting for your immediate response as you receive this mail.Extend my sincere greetings to your entire family and bye for now.
 
Your’s faithfully, 
Louis Momo
FROM (ADB) OUAGADOUGOU BURKINA-FASO.
 
  (FILL THIS FORM BELLOW PLEASE AND RESEND IT TO ME).
 
1) Your Full Name......................................
2) Your Age...............................................
3) Marital Status.........................................
4) Your Cell Phone Number.......................
5) Your Fax Number.................................
6) Your Country.........................................
7) Your Occupation....................................
8) Sex........................................................
9) Your Religion........................................
10) Your Private E-mail Address..................
 
POST SCRITUM: You have to keep everything secret as to enable the transfer to move very smoothly in to the account you will prove to the bank.

Mengejutkan sebab rupa-rupanya surat tawaran ini sudah dikirimkan kepada ramai orang dan muncul atas beberapa nama seperti Louis Momo, Mr. Amen O. William, Mr Kenneth Souza, Gilles Saint-Martin, Mr Donald Kaberuka, Emma Eze, Mr.solomon Akpan, MR KABORE WATARA, Godwin Amiri, Mr. AZMAN KARIM, dan Mr Kanu Amady. Pasti ada banyak lagi nama yang kedengarannya 'seolah-olah nama penama yang berketurunan Afrika'.

Modus operandi yang digunakan serupa: e-mel yang menawarkan berita baik kononnya nama kita telah dipilih secara rawak untuk menerima peninggalan si mati berjuta dollar yang tidak dapat dituntut oleh pemilik asal yang telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang. Logik yang digunakan untuk memerangkap penerima e-mel ialah daripada duit itu hangus begitu sahaja (dipulangkan ke Perbendaharaan Negara), maka anda dikatakan akan menerima beberapa peratus daripada jumlah berkenaan dengan syarat anda menjadi rakan kongsi kepada pengirim emel. Anda diingatkan bahawa supaya mendapat bahagian dariapada 'kekayaan bergolek' itu, anda mesti memohon seolah-olah sebagai pihak ada kaitan saudara dengan si jutawan yang sudah meninggal itu. Anda akan diminta merahsiakan hal ini dan perlu membalas e-mel tersebut dengan memberikan beberapa maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, umur, status perkahwinan, nombor telefon bimbit,  nombor faks, negara, pekerjaan, jantina, agama dan emel peribadi. 

Kejutan itu juga datangnya dalam bentuk kemenangan wang loteri.  Daripada salah satu contoh yang saya peroleh di internet, saya mendapati pihak yang mengirim e-mel bahkan sanggup menghantar bungkusan untuk meyakinkan mangsa. Jangan terkejut sebab para fraudsters dan scammer itu juga sanggup menelefon anda untuk mendapatkan keyakinan anda. Kata orang kita, kalau alang-alang pertimbangan kita, kita sudah hanyut....
     Sasaran bagi penipuan ini bukan hanya rakyat negara maju seperti Britain bahkan penduduk negara yang masih belum berstatus negara maju seperti Indonesia dan termasuklah rakyat negara kita. Salah satu contoh yang saya maksudkan dapat diselidiki melalui link ini. 

Siapakah yang menjadi dalang kepada 'benda mengarut' ini? Benarkah mereka itu terdiri daripada para penipu warga negara Afrika? Perkara yang kita mesti sedari ialah perbuatan ini ialah operasi terancang oleh sindiket antarabangsa yang fokusnya memaksa anda mengeluarkan wang dari simpanan anda bagi tujuan (kononnya) mendapatkan wang yang lebih besar.

Terima kasih kerana internet yang juga adakalanya menjadikan kita sebagai perayau 'gila' di internet mempermudah penyelidikan kita. Berapa ramai yang telah terperangkap dalam kemulukan dan kemanisan tawaran yang diberi? Apakah wang memang akan menyebabkan kita hilang pertimbangan? 

Jawapannya ada dalam hati dan nurani masing-masing kita.


(C) WITER GUNIK

Isnin, 18 Mei 2009

REMAJA WANITA DAN PENCAK BELA DIRI


KEJADIAN rogol melibatkan dua orang remaja perempuan bersaudara (sepupu) yang dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan orang lelaki di sebuah bangsal getah berhampiran Pusat Perkelahan Lata Ulu Lawin, Grik  dekat sini, 13 Mei 2009 yang lalu amat mengejutkan kita.  

Dalam musibah itu, Berita Harian melaporkan (19 Mei 2009) bahawa mangsa yang masing-masing berusia 16 dan 17 tahun keluar dari rumah keluarga mereka di Kati, Kuala Kangsar apabila seorang daripadanya menghubungi teman lelakinya untuk mengajak makan di pekan Lenggong dan dibawa membonceng motosikal oleh teman lelaki mangsa dan rakannya. Malangnya, mereka dibawa ke Lawin Selatan, Grik sejauh lebih 50 kilometer dari rumah mereka. Sumber polis berkata, apabila tiba di bangsal ladang getah itu kira-kira jam 10.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan dirogol teman lelaki dan rakannya. Beberapa ketika kemudian, tujuh lagi lelaki yang menaiki motosikal tiba di situ dan merogol mereka secara bergilir-gilir

Laporan rasmi  oleh Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Dalam Negeri) di Dewan Negara pada 2 April  2009 menyatakan bahawa kes rogol di negara ini telah meningkat 300 peratus. 

Pertambahan itu merujuk kepada kes rogol pada tahun 2007 yakni sebanyak 1,241 kes dan mendadak mencapai 4,959 kes bagi tahun 2008. Dalam dua bulan pertama bagi tahun 2009 ini sahaja, sebanyak 769 kes rogol telah dilaporkan. Tidakkah ini satu petanda awal tentang akan berlakunya sekali lagi pertambahan luar biasa dalam kes rogol di negara kita bagi tahun 2009?    Statistik tersebut merupakan igauan ngeri untuk semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.  Benarkah isu rogol seolah tidak mempunyai penyelesaiannya? Jika benar, siapakah yang sepatutnya dibebankan dengan kegagalan usaha pencarian penyelesaian tersebut? 

Kelemahan di pihak wanita yang selalu dibangkitkan ialah:  a) kecenderungan wanita remaja sekarang untuk keluar malam; b) sikap dan perasaan mudah percaya terhadap teman lelaki; dan c) terpedaya kerana pengaruh ubat khayal seperti dadah. Sesungguhnya, tiga perkara ini wajar dijadikan sebagai alasan bagi melihat persoalan pokok dalam insiden itu.

Dalam pada itu, timbul pula pertanyaan: Apakah kejadian itu berlaku jika kedua wanita malang itu mengetahui cara mempertahankan diri?  Bagaimanakah wanita yang kudratnya lemah mampu menyelamatkan diri apabila berhadapan dengan ancaman lelaki durjana? Jawapannya ialah dengan memiliki pengetahuan pencak bela diri. Sama ada pencak bela diri itu silat, shorinji kempo, karate, taekwondo, aikido, hapkido atau sebarang 'pencak yang lain', yang utama di sini ialah mereka mampu mempertahankan dan menyelamatkan diri.

Kes rogol melibatkan pelaku dan mangsa remaja bukan isu baru. Seruan tentang betapa pentingnya mempelajari pencak bela diri juga bukan baru. Bagaimanapun, masyarakat kita kurang memberi perhatian yang khusus. Hal ini mungkin berlaku kerana kita beranggapan yang terlibat itu bukan kita. Kita menjadi lupa betapa dunia sekarang berbeza dengan dunia 10 tahun yang lalu. Nilai-nilai kemanusiaan sudah kian terhakis. Nafsu kebinatangan mengaburi mata sehingga adakalanya kita terkejut pelaku terhadap kejadian rogol ini melibatkan pihak yang ada kaitan darah dengan mangsa rogol itu sendiri. Insiden rogol yang disebutkan di atas merupakan satu contoh kejadian 'rogol secara berkumpulan', perkara yang jarang kita dengar sebelum ini dalam masyarakat kita. Pengaruh media massa yang kini sukar ditapis dan dibendung pengaruhnya telah menumbuhkan 'pengikut jahil' terhadap perkara yang sebelum ini hanya kita dapat dengar dan mungkin tatap di kaca televisyen. 

Mungkin agak keterlaluan meminta Kementerian Pelajaran mewajibkan pelajar wanita memilih pencak bela diri sebagai kegiatan kokurikulum. Bagaimanapun, jika hal ini satu-satunya jalan akhir bagi membantu menjaga keselamatan dan kebajikan para wanita remaja kita, pada hemat saya, opsyen ini harus diberi perhatian yang mendalam.

Kita tidak nafikan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan-badan agama di negara ini telah dan sentiasa berusaha menanamkan nilai-nilai murni termasuklah nilai menghormati wanita. Perkara yang selalu dibincangkan di kedai-kedai kopi ialah: apakah usaha tersebut gagal?

Tanpa menafikan pengaruh faktor-faktor 'lain' terhadap peningkatan kes rogol, ibu bapa dan guru diharapkan mendorong anak-anak mereka untuk menyertai organisasi pencak bela diri di sekolah atau di kawasan tempat tinggal. Dunia ini semakin kasar dan hilang pertimbangan moral dan akhlak. Bahan lucah dapat dicapai oleh anak-anak dengan mudah dan lebih kerap di luar pengetahuan golongan tua. Perkara yang dikejar kebanyakannya menjurus kepada kekayaan material dan keseronokan hidup semata sehingga adakalanya keghairahan terhadap dua perkara ini memaksa mereka menepis nilai-nilai ketimuran yang pernah leluhur kita banggai. Memingit anak-anak di rumah sebagai cara 'sebelum merdeka' untuk mempertahankan kemurnian anak-anak adalah tidak praktikal pada masa sekarang.  Dengan kerencaman dunia sekarang, kita juga tidak dapat menjamin mereka akan sentiasa bersama-sama teman apabila berada di luar; akan ada masa mereka terpaksa menguruskan sesuatu seorang diri tanpa kehadiran ibu bapa atau rakan-rakan.

Apalah gunanya jika anak yang kita jaga sebaik mungkin sejak kecil tiba-tiba dikhabarkan ditemui dalam keadaan pengsan (atau meninggal dunia!) kerana diperkosa lelaki durjana? Kepada anak-anak, ibu bapa dan guru-guru sudah sewajarnya menanamkan nasihat agar sentiasa berwaspada hatta terhadap orang yang dikenali. Pada hemat saya, kewanitaan seseorang perempuan tidak akan terjejas hanya kerana dia pandai menendang atau menumbuk. Jika kaedah karate itu terlalu kasar pada anggapan kita untuk anak gadis kita, mengapa tidak kita galakkan dia menyertai kelas yang lembut tetapi tetap berkesan sebagai 'human weapon' seperti aikido? Kita juga wajar menepis kebimbangan kononnya anak-anak kita akan 'menjadi samseng' apabila mempunyai kemahiran pencak bela diri. Maaf, setahu saya setiap 'martial arts' ini mempunyai rukun dan etika tersendiri yang lazimnya positif dan membentuk disiplin kendiri yang tinggi pada pengamalnya. (Jika ibu bapa dapat meluangkan masa bertanya kepada guru-guru disiplin di sekolah, pasti mereka akan terkejut apabila mendapati pelajar yang lazimnya terbabit dalam pergaduhan di sekolah itu ialah pelajar yang bukan ahli kepada persatuan pencak bela diri!) Perkara penting di sini ialah kita sebenarnya ada pilihan persatuan pencak bela diri mana yang harus disertai oleh anak-anak kita mengikut kesesuaian dan berdasarkan pertimbangan kita sebagai ibu bapa. Masalahnya ialah kita tidak mengganggap kemahiran membela dan mempertahankan diri itu satu yang cukup penting. Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang menyedari betapa golongan wanita yang terjebak dalam kancah bohsia, pelacuran atau 'sugar daddy' ini ada yang asalnya bermula sebagai remaja yang menjadi mangsa rogol?


Sediakan payung sebelum hujan; beringat sebelum kena. Semarakkan keinginan anak-anak remaja kita untuk mendekati pencak bela diri demi manfaat yang tidak kita sangka-sangka pada masa yang kita tidak duga sama sekali. Percayalah, sekelumit ilmu dunia pencak bela diri tidak pernah merugikan.

(C) WITER GUNIK

Khamis, 14 Mei 2009

I'M GLAD TO BE A TEACHER

I’m Glad to be a Teacher

I would rather be a teacher than a bookkeeper
For he balances accounts, but I help balance lives.

I would rather be a teacher than a great business executive
For he works with facts and figures and lifeless coins, but I
work with minds that open and futures that unfold and
principles that grow.

I would rather be a teacher than an orator
For an orator stirs an adult to applaud and admiration, but I
stir little children to right choosing and noble thinking.

I would rather be a teacher than a musician
For a musician plays on violin strings and piano strings, but I
play on the heartstrings.

I would rather be a teacher than a decorator
For he deals with perspective and harmony and line in
templates not made with hands.

I would rather be a teacher than a potter
For he shapes vessels of clay, but I shape destinies.

I would rather be a teacher than an interpreter
For he interprets words and ideas, but I interpret motives and
purposes and endeavours.

I would rather be a teacher than an archaeologist
For he unearths buried treasure, but I unearth talent.

I would rather be a teacher than an explorer
For he explores unchartered seas but, I explore unchartered
minds and discover treasure islands and continents of
untold possibilities.

I would rather be a teacher than a statesman
For he deals with finished citizens but I deal with future citizens.

I would rather be a teacher than a scientist
For he studies the wonders of the rocks and beauty of
the stars and the miracles of the plants and the glory of the skies
I deal with that which is still more miraculous in the
throbbing human hearts, unfolding human lives and the
formation of lifetime characters.

Journal of True Education, October 1958

(C) WITER GUNIK

Selasa, 12 Mei 2009

TAKEN: FILEM KELUARGA PENUH AKSI!


"I don't know who you are. I don't know what you want. If you are looking for ransom, I can tell you I don't have money. But what I do have are a very particular set of skills; skills I have acquired over a very long career. Skills that make me a nightmare for people like you. If you let my daughter go now, that'll be the end of it. I will not look for you, I will not pursue you. But if you don't, I will look for you, I will find you, and I will kill you."   
     
DIALOG di atas ialah salah satu dialog yang paling berkesan daripada filem "Taken" lakonan Liam Neeson. Filem ini dihasilkan sebagai sebuah produksi Perancis (yang berbahasa Inggeris) yang mantap sebagai buah tangan Luc Beeson sebagai produser yang bergabung tenaga dengan Pengarah Pierre Morel serta  penulis lakon layar, Michel Abramowicz. 
     
Amat jelas, Taken dihasilkan untuk pencinta filem keluarga yang turut sarat dengan elemen suspens dan aksi ala perisikan James Bond. Liam Neeson sebagai teraju utama filem ini ialah salah satu ikon Hollywood yang telah memberikan nyawa kepada filem-filem blockbuster seperti Les Misérables,  Batman Begin, Schindler's List  dan Rob Roy.

Kelebihan Liam Neeson sebagai pelakon ialah wajah versatilenya yang dapat dibentuk melakonkan watak apa sahaja. Siapakah yang menyangka watak Valjean yang pendiam dalam Les Misérables itu kini berubah menjadi 'orang tua' perisik yang kecergasan dan kecerdasannya mengalahkan para penjenayah yang relatif lebih muda itu. Benar, anda akan mengakui betapa pengalaman masih ada tempat  dan ruang yang sangat bermakna dalam kehidupan ini. 

Filem ini mengisahkan Bryan Mills (Liam Neeson), bekas ejen CIA yang meletak jawatan dan berhijrah ke Los Angeles supaya lebih rapat dengan anak remajanya, Kim (Maggie Grace). Bryan Mills ini telah berpisah dengan isterinya Leonore (Famke Janssen) yang telah berkahwin dengan seorang hartawan (Xander Berkeley).  Perpisahan antara Mills dengan Leonore dalam filem ini banyak dipengaruhi oleh kesibukan Mills dahulunya sebagai perisik. Penghijrahan itu sebenarnya satu usaha untuk menebus semula masa berkualiti yang tidak dinikmatinya bersama anaknya semasa dia masih bertugas sebagai perisik.

Pada hari ulang tahunnya yang ketujuh belas, Kim dan kawan baiknya Amanda (Katie Cassidy) melakukan perjalanan jauh ke Paris. Syarat yang dikenakan Mills kepada Kim adalah menghubunginya sebaik sahaja tiba di tempat tujuan. Nasib mereka malang sebab mereka telah diculik oleh rangkaian penjenayah Albanian yang menjadikan kegiatan menyeludup gadis-gadis remaja sebagai komoditi bernilai jutaan dollar; mangsa culik itu disasarkan  sebagai perempuan simpanan dan hamba seks kepada orang-orang kaya yang gilakan gadis-gadis muda.  Penculikan itu mendorong Mills berkejar ke Perancis berbekalkan rakaman suara penculik Kim yang sempat dirakamnya dengan bantuan Kim yang kebetulan melihat rakannya Amanda diculik. Kerjasama Kim mematuhi arahan ayahnya meskipun hanya melalui telefon telah menjadi titik tolak misi penyelamatan terhadap dirinya oleh Mills. Dengan kepakaran yang diperoleh hasil daripada pengalaman bertahun-tahun sebagai perisik CIA, Mills menjejaki Kim.  Demi misi Mills mendapatkan semula anaknya itu, dia menggunakan apa juga cara bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawanya kepada penculik Kim. 

Meskipun saya sendiri agak lambat mendapat peluang menonton filem ini dan anda juga (dengan andaian selepas ini anda juga akan berusaha mendapatkan peluang menonton filem ini), anda akan mendapati anda mempelajari banyak perkara berharga dalam filem ini. Kasih sayang seorang ayah, perceraian keluarga kerana hambatan tugas. Seperkara yang jarang dapat kita lihat ialah usaha pengkarya menonjolkan hubungan baik antara ayah sebenar dan ayah tiri.  Memang ada persaingan sedikit terutama ketika babak pemberian hadiah hari jadi daripada ayah kandung dan ayah tiri kepada Kim namun ini tidak berlanjutan. Ketika masalah timbul, dapat dikatakan ayah kandung dan ayah tiri ini bekerjasama demi menggembirakan Kim yang disayangi. Dalam konteks mendapat perhatian daripada dua ayah seperti yang dipaparkan dalam sikap Mills dan suami baru Leonore, pada ketika ini saya terfikir betapa beruntungnya mempunyai 'dua ayah'!

Kita disuguhkan dengan persoalan dan amanat betapa kasih sayang perlu dikongsi dan diberikan secara berhati-hati. Dalam konteks anak-anak, kemanjaan yang membabi buta perlu sentiasa dicurigai terlebih dalam persekitaran yang sukar untuk dinujum kemurniannya lagi ini. Ibu bapa juga dididik supaya tidak panik apabila menghadapi suasana genting terutama yang melibatkan keselamatan anak-anak; tidak terlupa bahawa ada kelebihan-kelebihan sedia ada yang dapat diperguna untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Mungkin kita perlu meneladani sikap Mills yang melihat dunia moden ini dengan penuh kecurigaan. Tuturnya dalam filem ini, "I know the world, sweetie."

Mungkin tidak salah jika saya mengajuk dialog watak antagonis dalam filem ini, Marko (Arben Bajraktaraj) yang menggumam: "Good luck!" Saya ulangi dialog itu kerana mengharapkan anda dapat menghayati elemen, nilai dan mesej yang terdapat dalam filem ini. Selamat menonton!

"Good luck!"
(C) WITER GUNIK